Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis menggesa sekumpulan NGO proreformasi sistem pilihan raya agar tidak mempolitikkan sambutan ambang merdeka dengan turut sama di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning.

NONE "Saya lihat satu sahaja, kemerdekaan adalah sambutan yang bersangkut paut dengan semua rakyat. Jangan jadikannya isu politik.

"Kita rakyat Malaysia hendak bergembira menyambut kemerdekaan kita yang ke-55.

"Jadi janganlah mana-mana pihak menggunakannya untuk politik mereka," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Shah Alam pagi tadi.

Beliau membuat gesaan itu sewaktu mengulas tentang cadangan 26 NGO untuk 'menguningkan' Dataran Merdeka dalam program dinamakan "Janji Bersih" bagi menuntut janji kerajaan untuk memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.

Ada rancangan tangani jenayah

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini polis hanya mahu menasihati BERSIH agar mematuhi undang-undang dalam mengambil sebarang tindakan.

police crime roadblock frontimage "Ini nasihat dahulu. Saya harap semua rakyat kita tahu undang-undang negara kita.

"Apa-apa yang kita hendak buat, apakah panduan kepada apa yang kita hendak buat itu?

"Kita nak berkumpul, memandu kereta, atau bagi ucapan, ikutlah undang-undang negara kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidil Fitri.

Mengulas kadar jenayah di negara ini, Ismail memberi jaminan polis sentiasa siap siaga menangani jenayah-jenayah tersebut.

"Sebenarnya memang berlaku, tapi yang penting ialah polis mempunyai rancangan. Saya harap kita dapat berfikir secara objektif, jangan emosi sangat.

"Perkara yang dah berlaku kita ada pasukan untuk bertindak balas. Kita juga tahu ada mangsa menjadi trauma dan kita ada pakar-pakar dengan bantuan pihak lain juga.

"Mereka ini akan berjumpa dengan mangsa untuk membantu menghilangkan perasaan takut atau pengalaman pahit mereka," kata Ismail.

ADS