Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jadi, apa dia pop-up hitam ini?
Diterbitkan:  Aug 14, 2012 8:31 AM
Dikemaskini: 3:39 AM

Awal tahun ini, pindaan kepada Akta Keterangan 1950 yang telah diluluskan oleh Parlimen, secara radikal telah mengubah bagaimana pengguna atau pembekal perkhidmatan internet boleh tertakluk kepada tindakan undang-undang atau fitnah jenayah.

Secara ringkasnya, pakar undang-undang percaya bahawa pindaan kepada Seksyen 114A akan bermakna sesiapa sahaja, termasuk kerajaan, boleh memulakan tindakan undang-undang atau fitnah jenayah terhadap pengguna rangkaian sosial, pemilik lamanweb, pemilik peranti mudah alih atau pemberi perkhidmatan rangkaian WiFi berkaitan dengan kandungan yang disiarkan oleh individu lain.

NONE Dalam lain perkataan, jika seseorang itu menyiarkan komen fitnah di blog, pemilik blog mungkin disaman atau didakwa melakukan fitnah jenayah.

Malaysiakini percaya bahawa undang-undang ini adalah tidak adil dan mudah terdedah kepada penyalahgunaan.

"Perubahan-perubahan kepada undang-undang ini adalah satu penghinaan kepada prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Kami percaya bahawa kerajaan menggunakan perubahan secara halus ini untuk menghakis kebebasan bersuara di talian.

"Malaysiakini

menyeru kepada semua pengguna internet untuk bangun menentang pindaan-pindaan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.

Malaysiakini menyertai Hari Tegah Siar browser pop-up anjuran Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) untuk menghebahkan mengenai undang-undang zalim ini kepada pembaca dan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari lamanweb rasmi kempen tersebut.

FAQ mengenai 114A

Adakah ini satu undang-undang baru?

Tidak, ia adalah satu pindaan yang dibuat awal tahun ini dalam Akta Keterangan. Sebelum ini, apabila seseorang dituduh dengan hasutan berkaitan posting di blog, pendakwa raya perlu membuktikan bahawa Encik/Cik X sebenarnya menulis posting terbabit di  blognya. Sekarang, jika Encik /Cik X mendakwa dia tidak memuat naik posting tersebut, dia dikehendaki membuktikannya.

Adalah tidak jelas bagaimana seseorang itu hendak membuktikan bahawa dia tidak meletakkan posting terbabit. walaupun jika kita katakan bahawa orang lain telah menggodam lamanweb tersebut dan memuat naik posting terbabit, memang tidak ada cara untuk membuktikannya.

Perkara yang sama juga membabitkan rangkaian WiFi. Jika seseorang di dalam rumah anda menggunakan WiFi anda yang didaftarkan di bawah nama anda untuk membuat posting, maka anda akan didakwa, melainkan anda boleh membuktikan bahawa orang lain di rumah anda yang melakukannya.

Adakah ia juga memberi kesan kepada pemilik lamanweb dan blog?

Ya, pemilik lamanweb kini bertanggungjawab ke atas semua komen yang dibuat di lamanwebnya.

Tetapi bukankah itu baik? Kita tidak harus membiarkan fitnah dalam talian.

Malaysiakini tidak akan membiarkan perbuatan memfitnah. Ambil forum awam kami sebagai analogi. Jika seseorang membuat  sesuatu fitnah semasa Debatkini, patutkah Malaysiakini bertanggungjawab, atau orang yang membuat kenyataan terbabit bertanggungjawab terhadapnya?

Seharusnya orang yang membuat komen itu yang perlu bertanggungjawab, bukan pemilik lamanweb.

Apakah kesan pindaan tersebut?

Semua lamanweb, hotspot WiFi, rumah dan pejabat akan terpaksa menghentikan orang daripada menggunakan internet untuk menghantar komen. Orang ramai akan menjadi lebih takut untuk bersuara. Jika bilangan orang yang bersuara dalam talian berkurangan, maka ia lebih mudah untuk mendakwa dan mempenjarakan yang lain.

Mereka yang menyokong kempen tegah siar

Sehingga ini, 57 lamanweb di Malaysia - termasuk portal berita, lamanweb komersil, NGO dan blog terkemuka - mengambil bahagian dalam kempen ini.

Portal/laman berita

    Free Malaysia Today

    Malaysiakini

    Digital News Asia

    The Nut Graph

    Harakah Daily

    Keadilan Daily

    BFM Radio

    Mobile World

    Tranungkite

    MalaysianWireless

    NegaraKita

Penulis blog dan tokoh masyarakat

    Marina Mahathir

    Lim Kit Siang

    Tukar Tiub

    Uppercaise

    Nat Tan

    Niki Cheong

    myAsylum

    Anil Netto

    juanajaafar

    NTGravity Zone

    Sarawak Bloggers

    Sivin Kit

    Fahmi Fadzil

    Cyril Dason

    2dayblogger

    Kaki Sakat

    Lucia Lai

Laman komersil dan keusahawanan

    lelong.com.my

    entrepreneurs.my

    nexusmediaworks

    MOL

    MudahAlih.my

Sumber dalam talian dan lamanweb komuniti

    cari.com.my

    anixekai.com

    LoyarBurok

    mobile88

    jbtalks

    edu.joshuatly.com

    Xela City

Laman persatuan/pertubuhan sivil/NGO

    Malaysian Bar Council

    Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)

    Aliran

    Research for Social Advancement, Relevant Facts, Sparkling  Analysis (REFSA)

    Sinar Project

    Suara Rakyat Malaysia (Suaram)

    SEACeM

    Tindak Malaysia

    Islamic Renaissance Front (IRF)

    Lawyers for Liberty

    Perak Women for Women

    Empower

    Women's Centre For Change

    All Women's Action Society (Awam)

    Sisters in Islam (SIS)

    Women's Aid Organisation (WAO)

    Voice of the Children


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS