Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kabinet akan menyemak semula seksyen 114A Akta Keterangan menunjukkan sikap berdolak daliknya, kata anggota parlimen Pakatan Rakyat.

NONE Anggota parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli berkata, pengumuman melalui Twitter selepas dibantah pelbagai pihak menjadi contoh bagaimana kerajaan gagal mengkaji perkara itu sebelum memperkenalkannya.

Sementara itu, anggota parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong pula berkata, lapan undang-undang diluluskan dalam masa sehari dalam persidangan Dewan Rakyat April lalu menunjukkan sikap tergesa-gesa kerajaan.

"Akta Keterangan hanya satu daripada kelemahan dan ini menunjukkan kerajaan tidak berunding dengan pembangkang atau pihak berkenaan sebelum melaksanakannya," kata Liew dalam sidang media menyokong kempen cegah siar di Internet anjuran Pusat Kewartawanan Bebas semalam.

Turut hadir dalam sidang media itu dua wakil rakyat PKR Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Tian Chua (Batu) yang juga naib presiden parti itu.

[Baca berita penuh]

ADS