Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jalan sekitar Dataran ditutup bermula 27 Ogos

Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka di Kuala Lumpur akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini.

Menurut laman Facebook Polis Kuala Lumpur semalam, penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat bermula pukul 6 pagi pada 27 hingga 31 Ogos bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar.

Jalan-jalan terbabit akan dibuka semula setelah acara berkenaan selesai.

Jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Travers/Jalan Damansara; Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara); Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara); Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah; Jalan Tembusu/Jalan Lembah; Jalan Cenderasari/Jalan Perdana dan Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman.

Turut terlibat Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin; Jalan Raja/Jalan Hishamuddin; Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin; Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak; Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen; Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut; Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman; Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi; Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman; Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan T.A Rahman/Jalan Raja.

Tiada penutupan jalan terlibat bagi acara Perhimpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang akan bermula pada pukul 4 petang dan dijadual tamat sekitar 12.30 tengah malam.

Bagaimanapun, polis menjangka kesesakan di beberapa jalan di sekitar stadium.

- Bernama

ADS