Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Majlis Syura PAS disaran menasihatkan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya berundur sebagai anggotanya kerana ia dilihat jalan terbaik mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

NONE Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang berkata, menarik diri secara sukarela merupakan langkah terbaik bagi menangani kontroversi itu.

"Mereka boleh beri nasihat supaya beliau berundur. Itu secara diplomasi.

"Beliau diminta berundur secara elok-elok," katanya sambil menegaskan tindakan diplomasi itu menjadikan PAS "lebih selamat".

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura berkata, itu langkah terbaik walaupun badan itu mempunyai kuasa menggugurkan keahlian anggotanya.

Menurut Ahmad lagu, tindakan itu juga boleh mengelakkan serangan BN ekoran kenyataan Nasharuddin yang mahukan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran perbezaan pendapat dengan DAP berhubung isu hudud.

Kontroversi tak jejas sokongan

Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharuddin memandangkan ahli parlimen Bachok itu tidak lagi menganggotai jawatankuasa itu.

nasharuddin mat isa pas muktamar in kota bharu Harakahdaily bagaimanapun semalam melaporkan Setiausaha Majlis Syura Nik Zawawi Nik Salleh sebagai berkata, mereka hanya akan membincangkan isu Nasharudin "kalau sempat" dalam agenda lain-lain sahaja.

Manakala Sinar Harian pula melaporkan Nik Zawawi sebagai berkata, pilihan tindakan terhadap Nasharuddin akan diketahui selepas badan itu bersidang pada 9 September. 

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Ahmad itu turut menggesa Nasharuddin dapat hadir memberi penjelasan dalam mesyuarat bulanan majlis itu yang dijadual pada tarikh itu.

"Itu peluang terbaik beliau beri penjelasan," katanya sambil menegaskan beliau "amat mengenali" bekas ahli akademik itu.

Mengulas kenyataan Nasharuddin sebelum ini, Ahmad yakin ia tidak menggugat sokongan ahli akar umbi kepada kerana pemimpin itu didakwa "tidak mempunyai penyokong".

ADS