Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Majoriti rakyat' di himpunan Janji Ditepati, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata peserta himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan rakyat majoriti yang cintakan negara.

Beliau menyifatkan demikian dalam ucapannya malam tadi dengan membandingkan para hadirin ke perhimpunan tersebut dengan sejumlah 10,000 peserta Janji Demokrasi yang berhimpun di tepi Dataran Merdeka pada Khamis malam.

Merdeka celebration in bukit jalil 2012 3 "Malam ini malam majoriti rakyat yang menunjukkan semangat rakyat yang cintakan negara.

"Malam tadi bukan golongan majoriti, malam ini golongan majoriti yang berhimpun," katanya.

Beliau juga menyifatkan perhimpunan sebagai cukup hebat dan berjaya berjaya berbanding perhimpunan Janji Demokrasi.

"Malam ini lebih bertenaga dan berinspirasi (berbanding malam semalam).

'Pecah rekod Twitter'

"Malah, kalau saya guna istilah sempoi dan cool inilah gambaran semangat yang dapat kita terapkan malam ini," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin dalam stadium dengan muatan hampir 90 ribu orang itu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim yang bertindak sebagai penganjur juga gembira kerana majlis itu dipenuhi oleh golongan yang disifatkannya sebagai "pejuang" yang bersatu-padu dalam perjuangan.

Merdeka celebration in bukit jalil 2012 1 "Kita satu hati, satu jiwa, satu perjuangan.

"Sebab itu setiap kerusi yg ada dalam Stadium Bukit Jalil ini penuh diduduki pejuang-pejuang kita," katanya dalam ucapan ringkas selama kira-kira enam minit.

Beliau kemudian mengumumkan bahawa majlis itu berjaya memecahkan rekod himpunan pengguna Twitter terbesar dunia .

Menurutnya, majlis itu berjaya menghimpunkan 10,128 orang dengan catatan 3,611,323 tweet dalam masa sejam di antara jam 8.15 malam ke 9.15 malam.

Laporan Bernama pada malam tadi mendakwa, program tersebut dihadiri lebih 150,000 orang.

ADS