Anwar diserang lagi di Alor Setar, dakwa PKR

Selepas bas jelajahnya disabotaj Jumaat lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi mangsa apabila didakwa diserang semasa berucap di Alor Setar sebentar tadi.

Menurut twit pemimpin PKR, sekumpulan yang didakwa anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA mengganggu acara di Masjid Pumpong dekat ibu negeri di Utara Semenanjung itu.

Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh hampir jam sembilan tadi menulis di Twitter dengan mendakwa insiden itu berlaku ketika Anwar memberi tazkirah di masjid.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran pula mendakwa kumpulan itu cuba melempat batu ketika acara itu.

"Anwar kini selamat di rumah Imam selepas serangan PERKASA," dakwa Surendran.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.