Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Remaja dituduh pijak foto PM, dibebas dengan jaminan polis
Diterbitkan:  Sep 6, 2012 1:23 PM
Dikemaskini: 5:27 AM

Remaja perempuan berusia 19 tahun yang menyerah diri semalam selepas dituduh memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,  telah dibebaskan, kata satu kumpulan Facebook yang diwujudkan untuk menyokongnya.

Berita pembebasannya dengan jaminan polis diumumkan  telah kira-kira jam 2 pagi ini, dan sekeping gambar yang menunjuknya berdiri di luar sebuah balai polis, telah menarik 812 'Suka' pada jam 11.20 pagi ini. Halaman pemimpin dalam bahasa Cina sendiri mempunyai lebih daripada 4,300 'Suka'.

Teman lelakinya, yang turut ditangkap sementara menunggunya di balai polis Johor Bahru Central malam tadi, juga telah dibebaskan bersama-sama dengannya.

Gadis itu ditahan semalam di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, dan merupakan salah seorang daripada 11 individu yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan pada ambang sambutan Merdeka Khamis lalu.

Kawan lelaki tersebit bagaimanapun bukan salah seorang daripada 11 individu berkenaan.

Menurut peguam DAP, Eric Tan, gadis itu akan menghadiri satu sidang akhbar di ibupejabat DAP lewat hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS