Pengarah strateginya Rafizi Ramli mendakwa, NFC terlibat dalam transaksi menggunakan syarikat lain dengan pemilik sama untuk pembelian lembu dan melibatkan pelanggaran Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram.Beliau mendakwa, surat kredit yang dikeluarkan NFC digunakan oleh National Meat & Livestock Corporation (NMLC) untuk membayar pembelian lembu.
Bagaimanapun, pembelian ini, dakwa Rafizi, dibuat oleh Global Biofuture Pte Ltd, sebuah lagi syarikat milik anggota keluarga Shahrizat.
"Bagaimana sebuah syarikat boleh membuat pembayaran terhadap invois syarikat lain?" soal Rafizi.
[Baca berita penuh]