Kematian akibat mabuk: Pramugara berdepan pertuduhan membunuh, jaminan ditolak
Seorang pramugara berusia 26 tahun didakwa membunuh seorang penyelia sebuah syarikat penyelenggaraan dalam kes yang pada mulanya dibawa ke mahkamah sebagai pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian.
Mohd Iman Nafiz Fong Mohd Sabirin, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret MS Arunjothy.
Menurut Bernama, tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa membunuh Faris Irfan Fazli, 29, di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Parlimen di Kuala Lumpur pada 4.09 pagi, 24 Okt lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
/file/attachments/orphans/FarisIrfanFazli1_226101.png)
Tiada jaminan dibenarkan dan mahkamah menetapkan 30 Nov ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Anih Rafih.
Pada Isnin, 26 Okt lalu, Mohd Iman Nafiz mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian Faris Irfan dan mencederakan seorang lagi pekerja di tempat dan masa sama.
Dia dituduh memandu dengan kepekatan alkohol dalam darah sebanyak 64mg bagi setiap 100ml darah, melebihi had ditetapkan iaitu 50mg bagi setiap 100ml.
Di bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987, seperti yang dipinda pada 2020, kesalahan itu membawa hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun dan denda RM50,000 hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.
Dia turut berdepan pertuduhan berasingan kerana mencederakan Ahmad Zakiyamani Zakaria @ Yusuff, 49, dalam insiden sama.
Pertuduhan di bawah Seksyen 44(1A)(b) akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun, denda RM30,000 hingga RM50,000, serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya 10 tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/FarisIrfanFazli2_507330.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.