Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perbadanan Aset Air Berhad berjaya menjual sebanyak 15 naskhah dokumen tender untuk pembinaan loji rawatan air Langat 2 walau projek itu mungkin tidak mendapat kelulusan kerajaan Selangor.

Ketua pegawai esekutif PAAB Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata, dokumen tender yang setiap satunya berharga RM10,000 itu dijual kepada kontraktor  terbabit ketika sesi taklimat dengan perbadanan itu hari ini.

NONE Taklimat itu dihadiri oleh 65 syarikat yang berminat untuk membida bagi projek berkenaan.

Ahmad Faizal berkata PAAB juga akan meneruskan proses tender terbabit seperti diarahkan kerajaan persekutuan.

"Satu-satunya masalah perundangan yang kita jangka adalah (masalah mendapatkan) kebenaran merancang, tapi ini hanya timbul apabila kontraktor ingin memasuki tapak projek itu, 10 bulan lagi," katanya.

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau berharap perkara itu akan dapat diselesaikan kelak.

[Baca berita penuh]

ADS