Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengundi luar negara desak bos SPR undur
Diterbitkan:  Sep 19, 2012 11:39 AM
Dikemaskini: 3:42 AM

Tidak puas hati dengan kelewatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan warganegara Malaysia di luar negara mengundi pos, kumpulan pendesak MyOverseasVote (MOV) mendesak dua pemimpin utama badan itu meletakkan jawatan.

MOV yang ditubuhkan bagi melobi hak mengundi mereka mendakwa pengerusi SPR Atan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar menipu rakyat Malaysia di negara asing.

azlan SPR juga menghina syok yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya, yang diluluskan Dewan Rakyat, kata MOV dalam kenyataannya semalam.

MOV merujuk kepada kenyataan Abdul Aziz Jumaat lalu bahawa Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada pindaan Akta Pilihan Raya diperlukan bagi membolehkan pengundian pos kumpulan itu.

Sementara itu, MOV juga membariskan kronologi peristiwa yang didakwa menggambarkan SPR tiada hasrat untuk memberikan hak pengundian pos kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]

ADS