Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes tuntutan mutaah RM400 juta anak KM S'wak terus

Kes tuntutan perkahwinan antara anak Ketua Menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir Taib dan bekas isteri Shahnaz Abdul Majid bernilai RM400 juta mutaah dan pembahagian aset bersama dijangka bersambung di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Isnin depan.

Ini ekoran tiada tawaran penyelesaian luar mahkamah daripada peguam Mahmud untuk menyelesaikan pertikaian yang berpanjangan itu sejak Shahnaz - kakak kepada ratu Jazz Sheila Majid - memfailkan permohonan tahun lalu.

Peguam Shahnaz ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu semalam.

Menurut peguam Rafie Mohd Shafie, seorang lagi anggota pasukannya Akbardin Abdul Kader sudah menghubungi peguam Mahmud semalam tetapi masih tiada tawaran dibuat.

"Oleh itu, kita akan hadir untuk pendengaran pada tengah hari Isnin, tiada tanda-tanda penyelesaian luar mahkamah dapat dicapai.

"Bagus juga Malaysiakini ketengahkan isu aset Ketua Menteri Taib Mahmud baru-baru ini," katanya sambil berkata ia mungkin membantu dalam kes Shahnaz.

[Baca berita penuh]
ADS