DAP: Najib beri isyarat jangan sentuh Taib?

DAP mempersoalkan sama ada keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan kekayaan berbilion ringgit ketua menteri Sarawak merupakan isyarat supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasatnya.

dap lim kit siang interview rebut may 13 01"Dengan isyarat jelas daripada Najib hari ini. Adakah SPRM berani menyiasat Taib... Dan adakah ada mana-mana anggota parlimen BN yang berani menyokong siasatan penuh SPRM terhadap laporan BMF?" soal pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim mengulas tindakan Najib menolak dakwaan bahawa terhadap tertinggi Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dengan berkata terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu dilayan.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.