Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kenapa spekulator matawang George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan pertukaran asing (forex) dinaikkan pangkat?

Perkara ini dipersoal Lim Guan Eng (DAP-Bagan) kepada timbalan menteri kewangan Datyk Donald Lim di Parlimen hari ini.

"George Soros dicaci penyangak yang jejas pertukaran mata wang asing tapi adakah kerajaan sedar masa itu Bank Negara juga terlibat kegiatan sama, berjudi dengan wang negara dalam pertukaran mata wang asing?" soalnya.

Menuding jari kepada Tan Sri Nor Mohamad Yakcop (BN-Tasik Gelugor), Lim berkata, kenapa bekas pentadbir kanan Bank Negara itu tidak dipersalahkan, sebaliknya dinaikkan pangkat sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Ini bukan 'Janji Ditepati', tetapi 'jampi ditepati'," sindirnya.

Donald sebelum itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa BNB rugi RM5.7 bilion pada 1992, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sebagai menteri kewangan pada masa itu mengesahkan dagangan tukaran asing berlaku sehingga menyebabkan kerugian besar dan mahu ia dihentikan serta merta.

Katanya, setelah merujuk beberapa pihak, beliau difahamkan aktiviti itu dilakukan bawah seksyen forex BNM bawah selian Nor Mohamed Yakcop.

[Baca berita penuh]

ADS