Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Royalti Kelantan dalam bajet atau berdepan demo
Diterbitkan:  Sep 24, 2012 2:02 PM
Dikemaskini: 12:56 PM

Kumpulan proroyalti minyak Kelantan menuntut kerajaan menyatakan pembayaran bayaran tunai kepada negeri itu dalam pembentangan Belanjawan 2013 yang akan dibuat pada Jumaat ini.

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) dalam kenyataannya berkata, jika tindakan itu tidak diambil, mereka akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran.

Perhimpunan itu dirancang pada 3 Oktober ini sempena perbicaraan kes saman Kelantan terhadap Petronas di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

"Konvoi Mega Seluruh Negara Ke Putrajaya diadakan bagi memberikan isyarat yang jelas kepada kerajaan Malaysia bahawa rakyat Malaysia, terutamanya negeri Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi mereka dikembalikan," kenyataan itu dipetik.

Mereka juga merancang beberapa acara tuntutan, termasuk:

  • Penyerahan 150,000 tandatangan rakyat Kelantan yang menuntut perdana menteri membuat pembayaran segera.
  • Menganjurkan konvoi ke KLCC dan berpiket.
  • Memohon perintah deklarasi pembatalan perjanjian pada 9 Mei 1975 antara kerajaan negeri dengan Petronas yang dimeterai di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 26 September 2012.

ADS