Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA memberi amaran akan memulaukan pusat membeli-belah Suria KLCC.

NGO itu mendakwa pihak pengurusannya bersikap pilih kasih dan menindas seorang peniaga bumiputera Melayu perempuan yang telah 14 tahun berniaga di situ.

NONE Presidennya, Datuk Ibrahim Ali ( kanan ) memberi amaran itu dalam sidang media di Parlimen semalam bersama Sherifah Salim, seorang pengusaha francais Foto Point.

Sherifah mendakwa ditamatkan kontrak sewanya walaupun beliau membayar sewa tepat pada masanya dan mendapat keuntungan dari perniagaannya.

Sharifah mendakwa, beliau turut dinafikan premis perniagaan yang lebih besar walaupun kemudahan yang sama diberikan kepada peniaga bukan bumiputera yang lain.

Beliau juga mendakwa, turut diberi amaran sewanya akan dinaikkan daripada RM22,000 sebulan kepada RM45,000 sebulan jika tidak mengosongkan premisnya menjelang 30 september ini.

suria klcc 051105 "Kita boleh edar risalah gesa orang Melayu jangan masuk KLCC untuk membeli-belah. Boleh masuk tapi kita window shopping .

"Kalau pergi medan makan, kita ambil bau makanan sahaja," kata Ibrahim.

Menurutnya lagi, PERKASA juga berupaya memainkan sentimen kemelayuan jika mereka bertindak melancarkan kempen untuk memulaukan Suria KLCC.

"Kita belum sampai ke tahap itu, kita boleh letak poster KLCC untuk orang bukan Melayu sahaja," kata ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Sementara itu, seorang pegawai Suria KLCC Sdn Bhd ketika dihubungi hari ini berkata, pegawai dari bahagian perhubungan awamnya akan menjawab dakwaan itu dalam satu kenyataan esok.

ADS