Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KM Melaka: Majlis kahwin anak saya tak mewah
Diterbitkan:  Oct 3, 2012 12:04 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini menafikan cakap-cakap berhubung kemewahan majlis perkahwinan anak lelakinya.

Beliau dipetik laman Star Online sebagai berkata, kos untuk menganjurkan majlis tersebut sebenarnya murah namun kelihatan mewah disebabkan jumlah individu yang hadir - dilaporkan lebih 100,000 orang.

NONE Laporan itu juga memetik kenyataan seorang setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan yang berkata tiada sesiapa dipaksa menghadiri majlis tersebut.

Malah, kakitangan kerajaan negeri juga tidak dipaksa menghadirinya, kata Mahadevan lagi.

Beliau juga mendakwa, 500 orang "sukarelawan" yang bertugas di majlis tersebut "tidak dibayar satu sen sekalipun".

Dakwanya lagi, kalangan penyedia makanan dan perkhidmatan lain untuk majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali di Bukit Katil itu juga berbuat demikian secara percuma.

Sementara itu, laporan The Malay Mail hari ini menyebut, Mohd Ali menjelaskan bahawa kos untuk jamuan tersebut adalah RM600,000 dan bukannya RM1.3 juta seperti anggaran pemimpin Pakatan Rakyat, atau RM13 juta seperti dianggarkan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang.

ali rustam Ketua menteri itu (kiri) memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau mengupah 30 tukang masak untuk memasak nasi beriani campur kepada 2,000 tetamu, dengan kos RM10 untuk setiap tetamu.

Setiap hidangan boleh dinikmati oleh tiga orang tetamu, katanya.

Ia memberi jumlah RM600,000 untuk jamuan tersebut, yang boleh dihidangkan kepada seramai 180,000 tetamu, katanya lagi dalam kiriman SMS.

Ditanya sama ada majlis tersebut melibatkan tajaan, Mohd Ali berkata terdapat syarikat yang mengiklankan produk dalam buku cenderahati majlis tersebut.

Pengiklan itu membayar kos iklan dengan mengedarkan produk mereka, termasuk 50,000 minuman Kacip Fatimah, katanya.

Antara syarikat yang mengiklan adalah syarikat Orang Kampung Drinks Sdn Bhd dan syarikat Mamee Sdn Bhd, katanya. 

Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.

Hadirin di majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza.

ADS