Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tarif elektrik: Bajet praktikkan 'penipuan', dakwa DAP
Diterbitkan:  Oct 3, 2012 3:34 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

Belanjawan 2013 yang dibentangkan minggu lalu jelas "mempraktikkan penipuan" apabila gagal mengumumkan peningkatan tarif elektrik, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim berkata, pengakuan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berhubung perkara itu mengejutkan kerana kerajaan yang bertanggungjawab patut mengumumkannya dalam belanjawan.

NONE "Sekiranya peningkatan tarif elektrik adalah tidak dapat dielakkan, kenapa ia tidak diumumkan dalam Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 September lalu?" Soal Lim ( kanan ).

Dalam kenyataannya hari ini, Lim mendakwa, kegagalan itu jelas "penipuan terancang" dalam "rekod 3D" - defisit, hutang ( debts ) dan penipuan ( deception ) - kerajaan.

Ia bertentangan sama sekali dengan dasar 3S Pakatan Rakyat, iaitu surplus (lebihan), pengekalan ( sustainable ) pengurangan hutang dan tindakan tegas ( stern ) terhadap rasuah, kata anggota Parlimen Bagan itu.

Chin semalam dilaporkan berkata, penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.

Walaupun tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau, lapor Sin Chew Daily .

Beliau juga dipetik harian itu sebagai mendedahkan, penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

ADS