Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP Pengerang dakwa setiap peserta perhimpunan dibayar

Mereka yang mengambil bahagian dalam Himpunan Hijau membantah  projek petrokimia Pengerang pada 30 September lalu masing-masing dibayar RM30, dakwa ahli Parlimennya, Datuk Azalina Othman hari ini.

NONE Membahaskan bajet di Dewan Rakyat, Azalina berkata itulah

sebabnya pihak penganjur berjaya menarik orang ramai, yang didakwanya kebanyakannya orang luar, untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Azalina berkata pihak penganjur mendakwa perhimpunan itu dihadiri 7,000 tetapi beliau sebaliknya mendakwa telah difahamkan hanya 3,000 orang yang hadir kerana kawasan tersebut kecil.

Oleh itu, beliau tidak tahu bagaimana kawasan itu boleh memuatkan seramai 7,000 orang, sambil mendakwa ramai daripada mereka yang hadir itu adalah orang luar dan dibayar RM30 setiap orang.

NONE Kenyataan itu mendorong Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangkit untuk mencelah bagi mendapatkan penjelasan mengenai asas

tuduhan tersebut, tetapi Azalina enggan memberi laluan kepadanya untuk bercakap.

Azalina sebelum ini mencabar ahli Parlimen PAS Kubang Kerian, Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai projek tersebut, kerana naib presiden PAS itu mendakwa penduduk Pengerang telah menjadi mangsanya.

Salahuddin bagaimanapun, menolaknya dengan berkata beliau sebaliknya mahu berdebat dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, kerana hanya MB yang boleh bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan tanah.

[Baca berita penuh]

ADS