Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Biskop persoal saranan 'nyatakan ketidakadilan'
Diterbitkan:  Oct 7, 2012 2:47 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

Biskop Gereja Lutheran Evangelical Solomon Rajah dilaporkan meminta ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya tidak melibatkan rumah ibadat ke dalam gelanggang politik.

Akhbar Utusan Malaysia edisi Ahad hari ini melaporkan demikian dengan memetik kenyataan Rajah yang mengulas satu ucapan Lim.

Rajah berkata saranan Lim seperti dilaporkan Malaysiakini - supaya "gereja bangkit menyatakan ketidakadilan" itu dilihatnya sebagai "usaha mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik".

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa pemimpin Kristian sememangnya "berhak menyuarakan rasa tidak adil terhadap sesuatu perkara".

"Namun keadaan di Malaysia pada ketika ini "bukan huru-hara sehingga terpaksa mengambil langkah alternatif untuk mencampurkan soal spiritual dan politik," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Beliau mengulas ucapan Lim yang menggesa penganut Kristian supaya menyuarakan pandangan, meskipun golongan itu "tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah".

"Saya tidak pasti sama ada beliau menganut agama Kristian atau Buddha. Saya juga tidak pasti mengapa beliau boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu di dalam sebuah gereja.

"Tapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu diseru untuk menegakkan keadilan kepentingan politik," kata Rajah lagi.

ADS