Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Salah sebuah pembekal benih padi terbesar di negara ini yang memenangi kontrak kerajaan, mengakui bahawa syarikatnya tidak memenuhi kriteria tender , tetapi menegaskan begitu juga dengan yang lain-lainnya.

"Ini bukan satu isu," kata Mansor Md Nor, pengurus Haji Md Nor bin Haji Abd Rahmah (M) Sdn Bhd (HMN).

Ditanya mengenai dakwaan bahawa syarikatnya melanggar kriteria tender yang memerlukan pembida mempunyai kilang sendiri, beliau mengakui sebuah daripada dua kilang yang dikendalikan oleh HMN,  dipajak daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, yang merupakan sebuah agensi pusat.

Menurutnya, kilang (di Sungai Burong, Selangor) dalam keadaan yang teruk dan selepas pihaknya mengambil alih, ia diubahsuai, dan dibaiki bagi memenuhi semua kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

HMN mendapat kuota dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membekalkan 20,000 tan benih padi kepada petani dari tahun 2013-2014.

NONE Ini merupakan jumlah kedua tertinggi di kalangan semua 10 pembekal

bumiputera, seperti yang dipaparkan di lamanweb kementerian berkenaan.

Kuota yang diperolehi HMN itu dan Kilang Beras Seri Merbok Sdn Bhd, yang mendapat kuota tertinggi sebanyak 22,000 tan - merupakan 52.5 peratus daripada keseluruhan jumlah kuota bekalan tahunan sebanyak 80,000 tan.

Seorang jurucakap syarikat Seri Merbok enggan mengulas ketika dihubungi, dan menyerahkan isu tersebut kepada Kementerian Pertanian.

Minggu lepas Naib Presiden PAS Mahfuz Omar telah mendedahkan di Parlimen surat yang didakwa bocor, yang kononnya dihantar oleh Kementerian Kewangan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Surat tersebut menyatakan RM164.8 juta diperuntukkan untuk bekalan benih padi di bawah program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dikatakan telah diberikan kepada pembekal yang gagal memenuhi kriteria tender.

Menekankan bahawa HMN, yang ditubuhkan pada tahun 1992, adalah perintis dalam industri tersebut, Mansor berkata Mahfuz gagal untuk mengumpul maklumat yang komprehensif mengenai perkara itu.

Mansor berkata, mereka yang mengadu mengenainya adalah ahli politik, tetapi rakyat sendiri tidak mengadu.

Beliau menyifatkannya sebagai satu isu politik kerana menurutnya, jika rakyat tidak mahu, mereka tidak perlu membeli benih daripada syarikatnya.

Sebaliknya, tegasnya, syarikat tersebut telah membuktikan bahawa ia mempunyai kapasiti untuk memproses benih padi.

[Baca berita penuh]

Pembekal benih 'tak layak' didakwa menang tender RM164.8j

ADS