Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

dikemaskini PKR hari ini menyelar tindakan Felda yang didakwa membeli buah sawit segar di bawah harga pasaran yang akan menjejaskan pendapatan peneroka.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa Felda hanya membayar kira-kira 10 peratus di bawah harga pasaran.

Penang local council forum Nurul Izzah Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, beliau mendakwa maklumat itu diperoleh daripada memo yang dihantar menggunakan kepala surat Felda Palm Industries Sdn Bhd.

Memorandum itu memaklumkan, berkuatkuasa 1 Oktober, semakan semula harga tandan buah segar (FFB) berdasarkan harga pasaran Crude Palm Oil (CPO) ditolak RM200 untuk setiap tan metrik.

Tindakan itu, seperti dibacakan Nurul Izzah, diambil ekoran pasaran yang tidak stabil dan permintaan rendah.

Justeru, anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata, peneroka sekarang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50 peratus.

Beliau menyifatkan situasi itu ibarat "sudah jatuh, ditimpa tangga".

VIDEO l 4.58 min

[Baca berita penuh]

ADS