Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Timb Menteri: Tiada IPT terlibat penjualan ijazah palsu

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) belum menerima sebarang aduan berhubung penjualan ijazah palsu yang melibatkan institut pengajian tinggi awam atau swasta yang berdaftar bawah kementerian itu, kata Timbalan Menterinya Datuk Dr Hou Kok Chung.

Bagaimanapun, tegasnya, kes penjualan ijazah palsu yang dilapor media baru-baru ini dilakukan oleh syarikat swasta - yang tidak berdaftar dengan KPT - dan individu tertentu selepas siasatan pihak kementerian.

new mca cabinet members 110408 dr hou kok chung "Kementerian Pengajian Tinggi sebenarnya membuat pemantauan terhadap institut pengajian tinggi awam dan swasta bagi memastikan tiada IPT tempatan terlibat dalam kes penjualan ijazah palsu.

"Tindakan tegas ke atas institusi berkenaan, akan diambil sekiranya terlibat dalam kesalahan ini. Pemantauan ke atas pengiklanan IPT turut dilaksanakan secara berterusan, bagi mematikan kes penjualan ijazah IPT tidak berlaku," katanya.

Hou menjawab soalan Datuk Johari Abdul (Sungai Petani-PKR) berhubung usaha kerajaan membanteras penjualan ijazah palsu dan tindakan yang diambil oleh kementerian bagi menyiasat dakwaan tersebut, di Dewan Rakyat hari ini.

Hou yang juga ahli parlimen Kluang berkata mana-mana kakitangan awam akan ditamatkan perkhidmatan jika didapati meminda atau memalsukan apa-apa dokumen berhubung pelantikannya berdasarkan kepada Peraturan Pegawai Awam 2012.

Katanya, mana-mana majikan, orang awam atau ahli Parlimen yang ingin mengesahkan mana-mana (salinan) ijazah yang dikeluarkan oleh IPT tempatan boleh mengajukannya terus kepada IPT tersebut

"Saya yakin sektor swasta mempunyai mekanisme yang sama dengan sektor awam, berhubung pekerja atau bakal pekerja yang membuat perisytiharan palsu, termasuk kelulusan akademiknya bagi mendapatkan pekerjaan," katanya.

ADS