Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kohilan, Kamalanathan tak hadir mesyuarat lulus kondo'

Satu sumber di Majlis Perbandaran Selayang mengesahkan bahawa dua orang bekas ahli majlisnya Datuk A Kohilan Pillay dan P Kamalanathan tidak menghadiri mesyuarat majlis penuh yang meluluskan kondominium kontroversi berhampiran kuil Batu Caves.

“Ya. Kohilan dan Kamalanathan tidak hadir ke mesyuarat majlis penuh itu," kata sumber ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Presiden MPS Datuk Zainal Abidin Aala dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam sedikit masa lagi.

Rancangan untuk pembinaan kondominium 29 tingkat itu menjadi tumpuan selepas jawatankuasa kuil, diketuai pemimpin MIC termasuk presiden Datuk Seri S Samy Vellu, mengadakan demonstrasi bagi membantah rancangan tersebut.

Anggota exco Selangor Ronnie Liu kemudiannya mendedahkan dokumen yang menunjukkan bahawa BN meluluskan projek tersebut pada 2007 ketika mentadbir Selangor.

Liu dilaporkan berkata, Kohilan dan Kamalanathan merupakan antara yang bertanggungjawab meluluskan projek kondominium itu.

Timbalan menteri luar dan MP Hulu Selangor itu masing-masing kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

[Baca berita penuh]

ADS