Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Teng: Dijemput pada saat akhir ke konvensyen DAP S'gor

Naib Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim telah mendakwa beliau hanya dimaklumkan pada saat-saat akhir mengenai konvensyen tahunan parti itu, yang telah diadakan semalam.

malaysiakini forum banting 010512 teng chang kim "Saya hanya menerima SMS (pemberitahuan) sehari

sebelumnya. Saya tidak tahu apa yang dibuat oleh setiausaha penganjur (Lau Weng San) dengan tidak memberitahu (saya lebih awal)," katanya ketika dihubungi selepas peristiwa itu.

Pada masa itu, katanya, sudah terlambat untuk membatalkan kehadiran beliau di dua majlis di kawasannya, termasuk satu di kawasan majoriti Melayu di mana PAS juga telah menghantar wakilnya.

"Saya telah berjanji untuk hadir dan tidak boleh memungkiri janji saya," katanya.

Teng (kiri) juga mendakwa perkara itu juga berlaku kepada penolong setiausaha Ng Suee Lim dan oleh itu Ng tiba lewat untuk menghadiri konvensyen tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS