Uthaya kemuka lima tuntutan sebelum jumpa PM

Pemimpin Parti Hak Asasi Manusia, P Uthayakumar mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan lima daripada 18 tuntutan Hindraf menjelang 1 Januari 2013 sebelum beliau menerima jemputan untuk bertemu dengan pemimpin BN itu.

hindraf uthayakumar klang invite 040412Uthayakumar (kiri) berkata, Hindraf menghantar 18 tuntutan kepada kerajaan pada 12 Ogos 2007, tetapi malangnya sehingga hari ini, tiada satu pun telah dilaksanakan.

Katanya, beliau mengalu-alukan keikhlasan kerajaan BN untuk berjumpa Hindraf memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, "tetapi kita telah lama menunggu tindakan atau tuntutan kami dilaksanakan, walaupun lima tahun dan tiga bulan sudah berlalu".

"Hindraf mahu penyelesaian kekal kepada masalah masyarakat India dan bukan pembayaran sementara 'one-off' untuk menyelesaikan masalah masyarakat," kata Uthayakumar kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Oleh itu, jika kerajaan Najib melaksanakan lima tuntutan mereka menjelang 1 Jan 2013, barulah beliau akan berjumpa dengan Najib.

Tuntutan tersebut adalah:
  • Semua 523 buah sekolah Tamil di seluruh negara dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan dan geran tanah diberikan kepada pihak sekolah menjelang 1 Januari 2013. Di samping itu, tadika juga akan ditubuhkan di sekolah-sekolah tersebut, kerana kebanyakan kanak-kanak India buta huruf kerana ibu bapa mereka tidak mampu menghantar anak-anak untuk pendidikan awal.
  • Terdapat 150,000 kanak-kanak India tanpa kerakyatan yang tidak mempunyai sijil kelahiran, di samping kira-kira 300,000 ibu bapa yang juga tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil kelahiran. Hindraf mahu mereka ini diberkan sijil kelahiran mereka dan kad pengenalan.
  • 10,000 tempat disediakan untuk kaum India di GIATMARA (pusat belia yang dikendalikan oleh kerajaan), untuk belia dalam masyarakat tersebut mendapat kemahiran.
  • 10,000 tempat disediakan untuk pelajar India di Universiti Teknologi Mara.
  • 10,000 kaum India diberikan tanah di pelbagai skim pembangunan tanah persekutuan seperti Felda, Felcra dan Risda untuk memberi mereka peluang untuk menyara hidup.
Uthayakumar berkata jika Najib, yang turut mempengerusikan jawatankuasa hal ehwal masyarakat India, gagal memenuhi pra-syarat tersebut, maka Hindraf tidak akan menerima jemputan untuk berjumpa.

hindraf watermelon rally 250312Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz memberitahu media bahawa Najib bersedia untuk bertemu dengan Hindraf bagi membincangkan isu-isu masyarakat India.

Ia ekoran perjumpaan pemimpin Hindraf 'dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen minggu lepas untuk membincangkan kemungkinan mewujud pakatan pilihan raya.

Terdahulu pada bulan Mac, Hindraf berhimpun di hadapan Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya mengadu Najib telah mengabaikan permintaan kumpulan tersebut untuk menangani masalah yang suderah melanda masyarakat India.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.