Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sebahagian daripada 20,000 orang peserta Himpunan Hijau bermalam di atas jalan berhampiran Dataran Merdeka pada malam tadi selepas menamatkan perarakan aman sejauh 300km dari Kuantan bagi membantah operasi loji Lynas.

NONE Tinjauan Malaysiakini ke lokasi berkenaan menunjukkan seramai 200 orang para peserta berkenaan bermalam di situ dan jumlah itu semakin bertambah pagi ini.

Walau keletihan namun mereka tetap ceria dan bersemangat, kata ketua publisiti Himpunan Hijau Lee Chean Chung yang menambah, ada di kalangan mereka mengalami sakit otot selepas perarakan tersebut.

"Kami, ada persembahan musik, main gitar malam tadi sampai pukul 2 pagi. Kami dalam mood gembira dan merayakan (kejayaan himpunan hijau)," katanya ketika ditemui Malaysiakini .

NONE Lee juga berkata mereka akan mengadakan "persidangan rakyat" dengan mengemukakan beberapa resolusi antaranya menghentikan operasi Lynas di negara ini.

Katanya, penjelasan itu akan disampaikan oleh peserta yang telah menyertai acara jalan kaki Himpunan Hijau selama 14 hari bermula dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

"Kita juga berharap ada ahli parlimen dapat hadir memberi sokongan," katanya.

Persidangan dan proses memberi penjelasan berhubung resolusi itu akan bermula pada jam 9 pagi.

NONE Kumpulan berkenaan turut menerima kunjungan barisan pemimpin DAP – antaranya Lim Kit Siang, Ronnie Liu, Tan Kok Wai, Fong Poh Kuan dan Chong Eng yang hadir untuk menyertai mesyuarat rakyat bersama aktivis berkenaan pagi ini.

Peserta berkenaan turut melaungkan slogan "Stop Lynas, Save Malaysia", Henti Lynas, Tak mahu Lynas", "Malaysia bukan tikus makmal, bukan tong sampah" beberapa kali.

Kumpulan berkenaan kemudiannya bersurai daripada menduduki kawasan jalan berhampiran Dataran Merdeka selepas penganalisis politik Wong Chin Huat yang ditugaskan menjadi pengerusi majlis menangguhkan mesyuarat itu kira-kira jam 10 pagi.

Sementara itu, pihak berkuasa membuka semula sekatan di hadapan Dataran Merdeka pada kira-kira jam 10.35 pagi untuk membolehkan laluan kenderaan.

ADS