Nota bicara pembunuhan Altantuya untuk siasatan Scorpene?

Seorang peguam Perancis yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, berkata para hakim Perancis yang menyiasat skandal Scorpene, tidak mempunyai pilihan tetapi akan menggabungkan perbicaraan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam siasatan mereka.

NONE"... mereka sudah pasti akan menelitinya," kata Apoline Cagnat
(tengah dalam gambar), di majlis taklimat untuk ahli Parlimen Malaysia di Singapura hari ini.

Walaupun pembunuhan Altantuya bukan merupakan elemen paling kritikal dalam siasatan tersebut - yang memberi tumpuan kepada dakwaan pembayaran komisen dalam perolehan dua kapal selam kelas Scorpene oleh Malaysia - tetapi ia adalah salah satu aspek utama, kata Cagnat.

Oleh itu, beliau percaya dua hakim penyiasat akan meminta nota prosiding perbicaraan kes pembunuhan itu, di mana dua anggota keselamatan, telah disabitkan dengan kesalahan membunuh Altantuya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.