Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mat Zain: Kemarahan Musa hanya satu 'sandiwara'

Bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim berkata, kemarahan yang disuarakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan ke atas perdana menteri dan menteri dalam negeri baru-baru ini "hanyalah satu lagi sandiwara".

Mat Zain berkata, beliau pada mulanya berpendapat bahawa Musa sudah bertaubat dan mahu membawa pasukan itu kembali ke zaman kegemilangannnya.

NONE "Baru-baru ini, Musa membuat beberapa komen ke atas menteri kabinet dan pemimpin Umno, namun beliau  menegaskan bahawa tiada campur tangan dalam siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Beliau juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dan tiada konspirasi untuk mengenakan Anwar dalam kedua-dua kes Liiwat I dan II.

"Saya kemudiannnya sedar bahawa kemarahan Musa itu, atau apa sahaja yang anda mahu panggil, hanya satu lagi sandiwara," katanya.

Beliau mendakwa, Musa hanya berpura-pura menentang pemimpin tertinggi dalam kabinet dan dalam Umno, namun sebenarnya melindungi individu tertentu – terutamanya peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Musa perlu sedar bahawa kejujuran seseorang itu bukan perkara yang sukar untuk diuji, katanya.

[Baca berita penuh]

ADS