PAS sekutu penting dalam Pakatan, kata Karpal

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat.

Karpal menyifatkan PAS sebagai "sekutu penting" yang "berprinsip tegas" walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP.

dap national congress 151212 2"PAS adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin ada pandangan berbeza dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip tegas dan parti yang DAP sangat percayai di samping
PKR," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP yang menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

"DAP menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia," kata Karpal ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata calon perdana menteri itu hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon pilihan raya umum ke-13 kelak.

Laporan Bernama menyebut, Mustaf berkata calon perdana menteri itu mesti dipilih dalam kalangan calon yang bertanding dan menang dalam pilihan raya berkenaan.

"Saya fikir masa paling baik untuk mengumumkannya ialah selepas penamaan calon kerana orang yang mahu menjadi perdana menteri perlu dipilih. Dia mesti jadi calon (pilihan raya) dan menang baru boleh (dipilih jadi perdana menteri)," katanya seperti dipetik agensi itu.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.