Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH: Tiada harapan pembaharuan, tapi belum cadang protes

Tiada tindakan oleh kerajaan, dakwaan taktik melewat-lewatkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kurang kemajuan untuk menjemput pemerhati asing dan peningkatan keganasan politik, telah menyakinkan BERSIH 2.0 bahawa tidak akan ada pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat ini.

NONE "Bolehkah kita mengharapkan pembaharuan sebelum PRU13?" tanya Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, kumpulan pro-pembaharuan pilihanraya itu, belum lagi memutuskan untuk turun kejalanan, kata Ambiga.

Katanya, BERSIH sebaliknya akan meneruskan kempennya - JomPantau untuk melatih rakyat pemerhati pilihan raya dan Jom100 untuk memastikan ramai mungkin pengundi mengundi untuk membatalkan sebarang penyelewengan pilihan raya.

Menjawab soalan, Amiga berkata, jawatankuasa tersebut akan memaklumkan perkembangan terbaru kepada media jika terdapat sebarang perubahan.

"Ini buat sekarang, kami akan beritahu anda sebarang perkembangan terbaru."

Beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa pemandu BERSIH akan bertemu secara tetap menjelang PRU13 dan akan membuat keputusan bila timbul keperluan, dan menyifatkan situasi tersebut seperti "pesta bergerak".

[Baca berita Penuh]

ADS