Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu tampar: JPN Kelantan belum terima surat arahan

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan masih menunggu surat arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia berhubung tindakan yang perlu diambil bagi isu melibatkan anak Orang Asli Gua Musang yang mendakwa ditampar oleh guru SK Bihai.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Pengarahnya, Hussain Awang bagaimanapun berkata surat tersebut mungkin dalam perjalanan.

NONE Beliau juga memberitahu, pihaknya telah menghantar laporan siasatan JPN mengenai kejadian tersebut kepada kementerian, tiga minggu lalu.

"Kami tak terima surat arahan daripada kementerian lagi. Mungkin dalam perjalanan. Surat dari Putrajaya mungkin ambil masa beberapa hari untuk sampai sini. Kita dah hantar laporan (siasatan) tiga minggu lalu.

"Tetapi kalau ibu bapa dah buat laporan polis, kita tak boleh buat apa. Nanti siasatan (polis) bercanggah. Biar polis siasat," katanya.

Sementara itu, Hussain ketika ditanya lanjut mengenai tindakan yang diambil terhadap guru yang terlibat berkata:

"Guru-guru dalam isu ini belum ada tindakan yang diambil.

"Tunggu siasatan polis, sebab laporan polis telah dibuat," katanya lagi.

mca youth agm 201012 wee ka siong 02 Dalam sidang media Jumaat lalu, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong ketika ditanya berhubung perkara itu, beliau berkata isu berkenaan diserah kepada JPN untuk ditangani.

Wee yang juga ketua pemuda MCA berkata, beliau yakin jabatan itu telah melakukan siasatan dan mengambil tindakan dalam isu itu.

Pada 24 Oktober lalu, tiga Orang Asli membuat laporan polis mendakwa anak mereka yang bersekolah di SK Bihai ditampar seorang guru kerana tidak membaca doa makan.

Pada 2 Disember pula, Along Pandak, Hassan Achoi dan Atar Pedik telah membuat laporan polis sekali lagi terhadap guru tersebut serta tiga yang lain, berhubung dakwaan ditawar wang agar menarik balik satu laporan polis yang dibuat sebelum itu.

Dalam laporan itu, mereka mendakwa percubaan merasuah itu berlaku pada 7 November dalam satu mesyuarat PIBG.

Mereka juga mendakwa para guru berkata jika mereka menarik balik laporan itu, mereka (guru-guru) akan membayar RM250 setiap pelajar, manakala guru yang menampar mereka akan menambah RM50.

ADS