Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wee: Biar polis siasat kes Orang Asli 'ditawar wang'

Timbalan menteri pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata kementeriannya menyerahkan kepada PDRM untuk menangani isu melibatkan sekumpulan Orang Asli Gua Musang yang mendakwa ditawar wang bagi menarik balik satu laporan polis.

Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Wee juga berkata perkara itu hanya ditimbulkan pemberita namun perlu disiasat.

mca youth agm 201012 wee ka siong "Itu mengikut hujah saudari (dakwaan ditawar wang). Saya rasa biarlah pihak yang menyiasat itu mereka buat apa yang patut. Kita tak restui apa jua tindakan di luar undang-undang. Saya rasa kita ada prosedur kita.

"Kalau rasa tak betul boleh buat laporan polis dan alu-alukan polis buat siasatan kalau tak puas hati dan jika ada elemen jenayah," katanya lagi.

Tiga Orang Asli terbabit pada 2 Disember lalu telahpun membuat laporan polis ke atas guru SK Bihai, serta tiga yang lain, atas dakwaan ditawar wang agar menarik balik satu laporan polis yang dibuat sebelum itu.

Laporan polis terdahulu, bertarikh 24 Oktober pula adalah berhubung dakwaan bahawa anak mereka yang bersekolah di SK Bihai ditampar seorang guru sekolah berkenaan kerana tidak membaca doa makan.

Along Pandak, Hassan Achoi dan Atar Pedik, dalam laporan mereka, mendakwa percubaan merasuah itu berlaku pada 7 November dalam satu mesyuarat PIBG.

Mereka mendakwa, para guru berkata jika mereka menarik balik laporan itu, mereka (guru-guru) akan membayar RM250 setiap pelajar, manakala guru yang menampar mereka (nama dirahsiakan) akan menambah RM50 menjadikannya berjumlah RM300 bagi setiap pelajar.

S NONE ementara itu, Wee ketika mengulas mengenai dakwaan perbuatan guru berkenaan turut menyerahkan isu berkenaan untuk ditangani Jabatan Pelajaran Negeri.

Wee berkata, beliau yakin JPN telah melakukan siasatan dan tindakan berhubung isu tersebut.

"Saya cuba nak katakan, setiap aduan yang dibuat pada JPN atau kementerian pelajaran sudah tentu tindakan akan dibuat termasuk siasatan.

"Tindakan selepas siasatan, itu terpulang pada JPN sebab punca kuasa kita telah turunkan. Mereka boleh ambil tindakan mengikut merit kes tersebut.

"Yang saya pasti ada tindakan. Kita dah siasat dan minta pihak berkuasa ambil tindakan sewajarnya. Tindakan dan siasatan telah dibuat dan disusuli oleh (tindakan) JPN," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mesyuarat bulanan Pemuda MCA di Wisma MCA di ibu negara hari ini.

ADS