Ahmad Ton diberi cenderahati penghargaan DAP - Lim

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menyangkal dakwaan kononnya parti itu tidak menghargai jasa veteran DAP Melayu, Ahmad Ton dan tidak menyerahkan cenderahati kepadanya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, baru-baru ini.

dap congress 161212 ahmad tonLim berkata pada kongres berkenaan DAP telah memberikan cenderahati kepada anggota yang telah bersama dengan parti itu selama lebih 35 tahun termasuk Ahmad Ton.

"Semasa kongres, kami memberikan cederahati kepada semua anggota yang lebih 35 tahun tanpa menghiraukan bangsa. Ahmad Ton juga menerima cenderahati itu kerana beliau telah berada dalam parti selama 36 tahun, semua (anggota) melebihi 35 tahun akan diberikan cenderahati," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kongres Melayu Pulau Pinang yang mendakwa kononnya parti berkenaan tidak menghargai sumbangan kedua-dua veteran Melayu iaitu Ahmad Ton dan Zulkifli Mohd Noor pada kongres tersebut.

Lim berkata parti itu tidak menyerahkan cenderahati kepada anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor kerana tempoh beliau berada di dalam parti itu belum mencapai 35 tahun.

-Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.