"Tak perlu ada had harga untuk rebat yang diberi untuk smartphone (telefon pintar)," kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam mesej twitter kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.
Bagaimanapun, Khairy (kiri)' dalam menangkis kritikan terhadap kerajaan ekoran had tersebut, menegaskan bahawa ucapan bajet 2013 hanya menyebut tentang pendapatan belia yangg layak terima rebat telefon pintar, dan bukannya harga telefon tersebut.
Menyuarakan sentimen yang sama adalah egawai kanan Unit Pemandu Agenda Bumiputera (TERAJU), Norizan Sharif.
Menulis dalam twitter, beliau berkata, jika mahu memberi rebat RM200, maka berilah untuk semua telefon pintar.
Katanya, langkah mengehadkan kepada telefon pintar RM500 hanya akan membuat orang marah
Beliau menambah, jika terdapat rancangan untuk mengenakan harga siling, maka ia harus didedahkan dari awal lagi.
Katanya, rakyat rasa tertipu dan itu bukan semangat bajet 2013 dan kerana itulah mereka marah.
[Baca berita penuh]