Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2013 disambut penuh warna-warni
Diterbitkan:  Jan 1, 2013 1:27 PM
Dikemaskini: 5:28 AM

Pertunjukan bunga api menerangi ruang angkasa Dataran Merdeka sempena sambutan Tahu Baru 2013.

Ia dianjurkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang menyaksikan rakyat pelbagai kaum membanjirinya sejak 6 petang, termasuk para pelancong asing.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Maznah Rais serta menteri-menteri kabinet turut hadir memeriahkan sambutan bersama lebih 1,300 rakyat pelbagai kaum.

Para pengunjung bersorak gembira apabila jam di Bangunan Sultan Abdul Samad berdetik sebanyak 12 kali bagi menandakan permulaan tahun baru.

Situasi yang sama turut dilihat di beberapa tempat lain di sekitar ibu negara seperti di Menara Berkembar Petronas, Bukit Bintang serta pusat pentadbiran Putrajaya.

Perayaan turut disambut di negeri lain.

- Bernama

ADS