Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu tanah di K'tan, DAP mahu saman blogger, Berita Harian
Diterbitkan:  Jan 3, 2013 7:34 PM
Dikemaskini: 12:10 PM

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham telah memulakan tindakan undang-undang terhadap seorang blogger pro-BN dan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang didakwanya telah melaporkan berita palsu terhadapnya dan rakan separtinya, Nga Kor Ming.

NONE Berita tersebut didakwa berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini yang melibatkan beliau dan Nga yang berkaitan dengan satu isu tanah di Kelantan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ngeh (kiri) berkata bahawa tindakan undang-undang telah dimulakan terhadap blogger pisau.net, Mohd Jeffrey Amin Abdul Hamid dan Berita Harian kerana didakwa memfitnah beliau dan Nga.

Ngeh menyaman Mohd Jeffrey kerana posting di blognya yang bertajuk "Hot! Tanah 10,526 Ekar Sebagai Syarat Nizar Jadi Menteri Besar Perak Adalah Benar" pada 17 Disember.

NONE Berita Harian pula berdepan dengan tindakan undang-undang itu bagi artikel bertajuk "Hutan Sungai Relai Gondol" yang disiarkan di muka depan pada 27 Disember dan satu ulang-siar posting pisau.net mengenai isu itu.

"Notis undang-undang sedang dikeluarkan kepada mereka dan tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap mereka yang memfitnah kami," kata Ngeh, yang merupakan ahli Parlimen Beruas.

Menurut Ngeh, pisau.net telah "secara palsu dan berniat jahat" melaporkan bahawa kerajaan Kelantan telah menganugerahkan kepadanya dan Nga 10,526 ekar tanah sebagai pertukaran untuk perjanjian bagi melantik pemimpin PAS, Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada tahun 2008.

Beliau mendakwa bahawa blogger itu menggunakan nama samaran 'Encik Pisau Suka Hiris' untuk blog untuk menyembunyikan identitinya.

[Baca berita penuh]

ADS