SPRM tahan pembantu TKM P Pinang

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan menahan seorang pembantu kepada timbalan ketua menteri Pulau Pinang berhubung satu dakwaan rasuah.

Akhbar Mingguan Malaysia melaporkan, pembantu itu menyaksikan cubaan untuk menyerahkan rasuah RM30,000 orang seorang individu kepada seorang wanita.

Pengarah SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan kepada akhbar berkenaan bahawa pembantu berkenaan bekerja kepada salah seorang daripada dua timbalan ketua menteri, tetapi tidak menamakan timbalan ketua menteri itu.

Laporan The Star pula menyebut, jumlah sogokan itu adalah untuk mendorong wanita berkenaan agar menggugurkan satu aduan gangguan seksual ke atas seorang penjawat awam kanan.

Laporan itu menyebut, wanita yang bertugas sebagai seorang kerani itu sebelum ini mengadu bahawa penjawat awam berkenaan melakukan gangguan seksual ke atasnya.

Penjawat awam tersebut didakwa di mahkamah beberapa bulan lalu.

Susulan itu, penjawat awam berkenaan meminta bantuan daripada pembantu berkenaan yang seterusnnya menghubungi wanita tersebut, menurut laporan itu yang memetik satu sumber.

Ia turut menyatakan bahawa wanita berkenaan membuat laporan kepada SPRM, yang kemudiannya menjalankan satu operasi pada 3 Januari di sebuah restoran di Seberang Jaya.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.