Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu air: MP salahkan SYABAS, S'gor dan kementerian

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), kerajaan negeri serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana tidak menyelesaikan krisis air yang berlanjutan selama 10 hari di Ampang dan Gombak.

Selain tiga badan tersebut, Zuraida turut mempersoalkan pihak berkuasa tempatan dan jabatan bomba dan penyelamat kerana tidak membantu bagi menyelesaikan isu tersebut.

NONE Menyifatkan gangguan bekalan air sebagai "isu nasional", Zuraida yang juga ketua wanita PKR berkata, menyebabkan urusan kekeluargaan terganggu semasa tempoh tersebut.

Beliau juga telah melawat rumah pam SYABAS di Wangsa Maju pada 3 Januari lalu dan ketika ditanya pegawai SYABAS memaklumkan kepadanya bahawa empat daripada lima pam sudah mula beroperasi.

"Bagaimanapun, SYABAS mendakwa pada hari berikutnya hanya dua pam berfungsi. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana SYABAS perlu menyediakan atau mempunyai pelan alternatif untuk membetulkan keadaan," katanya.

Menurutnya lagi, SYABAS perlu mempunyai pelan kecemasan untuk menyelesaikan masalah ini dan Pada masa yang sama, kerajaan negeri perlu terlibat dan kementerian perlu menyiasat perkara tersebut.

Sebelum ini, terdapat gangguan bekalan air di bahagian Kuala Lumpur dan Selangor sejak 29 Disember.

SYABAS pula memberitahu bahawa masalah itu terjadi kerana disebabkan terdapat pam di rumah pam air Wangsa maju dan Pudu Hulu Baru rosak.

[Baca berita penuh]

ADS