Mayat warga emas mangsa lemas ditemui
Diterbitkan: Jan 14, 2013 11:57 AM | Dikemas kini: Jan 14, 2013 12:00 PM
Seorang warga emas yang dilapor hilang ketika mencari siput kepah di pantai Kuala Muda, Penaga di Kepala Batas, ditemui mati lemas hari ini.
Mayat Tan Eng Chuan, 74, ditemui pada pukul 6 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Muda Rosmi Din berkata mayat lelaki itu ditemui terapung tidak jauh dari tempat dia dilapor hilang.
"Mayat Tan dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di Kepala Batas, hari ini.
Tan dilapor hilang pada pukul 11 pagi semalam setelah dipukul ombak ketika mencari siput kepah bersama keluarganya.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.