Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
UUM tutup pintu pada 'Kak Listen'
Diterbitkan:  Jan 22, 2013 6:40 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin - yang mendapat gelaran 'Kak Listen' - tidak akan dijemput bercakap di sebarang program yang diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), kata Naib Canselornya, Datuk Mohamed Mustafa Ishak.

Larangan terhadap pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) itu dibuat di tengah-tengah kontroversi "listen, listen, listen" sewaktu sebuah forum yang diadakan di universiti itu pada 8 Disember tahun lepas.

"Jika kita tahu forum tersebut akan mencetuskan kontroversi sebesar itu, pihak universiti tidak akan meluluskan aktiviti tersebut," katanya dalam laporan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News hari ini.

Bagaimanapun, Mohamed menafikan dakwaan pelajar undang-undang, KS Bawani dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa pelajar dari beberapa kolej kediaman UUM dipaksa menghadiri forum yang dianjurkan oleh SW1M.

Bawani juga telah mendakwa bahawa forum itu bertujuan untuk 'brainwash' pelajar supaya menyokong kerajaan.

NONE Sambil mengatakan ia satu pembohongan, Mohamed menasihatkan

Bawani supaya tidak mewujudkan tekanan awam yang boleh mencemarkan imej UUM.

"Bawani telah berbohong. Itu adalah pandangannya (bahawa pelajar dipaksa hadir). (Dakwaan) ini tidak benar sama sekali," katanya, sambil menegaskan bahawa pelajar mempunyai kebebasan untuk bersuara.

Beliau menjelaskan bahawa pihak universiti menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum untuk mengumpul jam kredit, tetapi tidak memaksa mereka berbuat demikian.

Mohamed juga menegaskan bahawa Bawani adalah seorang aktivis politik dan tindakan serta kenyataannya mungkin bermotivasikan kepentingan politik.

ADS