Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jambatan kedua P Pinang siap dua bulan lebih awal

Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka siap pada September 2013, iaitu dua bulan lebih awal daripada yang dijadualkan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

    

Katanya jambatan itu kini secara keseluruhannya 90.15 peratus siap, yang melebihi jadual sebanyak 2.92 peratus.

    

"Kementerian Kewangan sedang dan akan terus memantau dengan teliti projek ini bagi memastikan projek dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    

Lim berkata pembinaan jambatan itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Pulau Pinang khasnya dan sekaligus meningkatkan pengangkutan

awam serta kualiti hidup rakyat amnya.

    

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah ditubuhkan pada 9 Julai 2008, sebagai syarikat konsesi untuk jambatan berkenaan dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

    

JKSB bertanggung jawab dalam pembinaan, pengurusan, operasi dan penyelenggaraan jambatan itu.

    

- Bernama

ADS