Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib petik kata-kata Deng Xiaoping dalam ucapan CNY

Pilihan raya umum semakin hampir, maka bukan sesuatu yang mengejutkan bagi pengundi kaum Cina di Selangor menerima surat ucapan yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Tahun Baru Cina (CNY).

Tetapi kali ini ia datang bersama dengan paket ang pau dan satu petikan kata-kata bekas pemimpin parti komunis China, Deng Xiaoping tentang reformasi.

D deng xiaoping eng (1904-1997) memainkan peranan penting dalam menggerak China ke arah pasaran ekonomi terbuka.

Dalam mengingatkan masyarakat Cina bahawa reformasi tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa, Najib berkata dalam surat dwibahasa itu bahawa beliau mencontohi semangat Deng dalam melaksanakan program transformasi, ibarat "menyeberangi sungai sambil menyentuh batu".

Ini merupkan kata-kata masyhur yang digunakan oleh Deng (kanan)

pada 1980-an untuk menggambarkan pendekatan pragmatik parti komunis China ke arah reformasi, yang beliau rasakan perlu dilakukan langkah demi langkah.

"Ini adalah suatu motto kehidupan yang tepat, di mana perjalanan untuk melakukan perubahan memerlukan pelan jangka masa panjang dan langkah demi langkah," sambung perdana menteri.

Najib juga berkata beliau tahu terdapat pihak yang masih meragui program transformasi Barisan Nasional dan beliau menganggapnya sebagai satu cabaran.

br1m 2.0 launch by najib razak 2 "Malahan, ingatan ini menyedarkan kita bahawa proses transformasi tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa tetapi perlu secara tersusun dan seimbang."

Katanya beliau juga menyedari bahawa perubahan yang dilakukan tidak cukup pantas, namum "saya juga sering diingatkan oleh rakan-rakan kaum Cina bahawa sikap tergesa-gesa akan amenghasilkan kerja yang sia-sia".

Tegasnya lagi, perubahan memerlukan keteguhan dan kestabilan jangka panjang demi mencapai matlamat yang dituju.

"Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan-rakan berbangsa Cina semoga berada dalam keadaan harmoni dan sejahtera," kata Najib.

Butir pengundian

Menurut seorang pengundi dari kawasan Parlimen Shah Alam parlimen, yang tidak mahu namanya disebut, abang dan kakaknya, juga pengundi di sana, telah menerima surat tersebut pada hari Isnin melalui pos.

Pada bahagian kanan atas surat versi Cina, memaparkan butiran pengundian mereka.

Surat itu juga datang bersama dengan lima paket ang pau paket yang memaparkan foto Najib.

Warga siber pula berseloroh dengan mengatakan Najib sepatutnya meletakkan wang di dalam paket tersebut.

Ini bukan kali pertama BN Selangor menghantar surat ucapan yang ditandatangani oleh Najib, kepada pengundi. Ini juga dilakukan ketika Hari Kebangsaan, Thaipusam dan Tahun Baru.

NONE Najib juga membuat ucapan kepada masyarakat Cina dengan

menggantung kain rentang di seluruh negara dan iklan radio yang mengutarakan anak lelakinya - Nor Ashman - yang boleh bertutur Mandarin.

Pemimpin pembangkang termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat (kiri) dan Exco Kanan Selangor Teresa Kok, menghantar perutusan Tahun Baru Cina mereka di YouTube.

ADS