Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Psy perlu 'tutup aurat', kata Nik Aziz
Diterbitkan:  Feb 6, 2013 3:07 PM
Dikemaskini: 12:50 PM

Walaupun Psy merupakan artis sensasi Korea Selatan dan di peringkat global, tetapi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat nampaknya tidak perasan dan malah menyangka Psy seorang wanita.

NONE Menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily , semalam Nik Aziz menggesa Psy menutup aurat apabila diberitahu media bahawa

BN telah menjemput selebriti itu membuat persembahan di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjurannya pada 11 Februari.

Apabila diberitahu bahawa psy seorang lelaki, Nik Aziz bimbang sama ada kandungan lagu-lagunya  positif untuk anak-anak muda.

Menteri Kelantan berusia 82 tahun itu juga bertanya pemberita, "Dalam apa bahasa dia menyanyi?" dan selepas diberitahu Psy rakyat Korea, Nik Aziz bingung mengapa orang mendengar lagu-lagu dalam bahasa yang mereka tidak faham.

Menteri besar Kelantan mengulas mengenai perbelanjaan besar untuk membawa penghibur asing kerana sumber-sumber itu boleh digunakan untuk memajukan artis-artis tempatan.

"Tidakkah kita mempunyai banyak penyanyi tempatan? Mengapa tidak kita upah belia tempatan? Bukankah lebih baik membelanjakannya untuk belia kita? "Tanya beliau.

[Baca berita penuh]

ADS