Anda sedia untuk Putrajaya? Penyokong DAP kata 'Ya'

Susan Loone        

DAP Pulau Pinang cuba memalukan BN sekali lagi dalam satu majlis rumah terbuka anjurannya dengan menyoal tetamu yang hadir sama ada mereka akan menyokong parti yang membentuk kerajaan pusat itu.

NONE Ketua DAP negeri Chow Kon Yeow dalam ucapannya bertanya demikian dengan merujuk kepada soalan sama yang diajukan perdana menteri dalam satu majlis semalam.

Ditanya sekiranya mereka sedia untuk menyokong BN, hadirin dianggarkan seramai 3,000 orang di Times Square Pulau Pinang itu melaungkan jawapan "Tidak".

Ditanya lagi sama ada mereka bersedia untuk DAP dan Pakatan, kumpulan berkenaan menjawab "Ya".

Chow dengan bergurau juga berkata, ketua menteri Lim Guan Eng ingin bertanya soalan sama namun teragak-agak untuk berbuat demikian kerana bimbang akan mendapat jawapan sama seperti yang diterima Najib semalam.

"Jadi dia minta saya untuk uji pasaran dulu," kata Chow yang disambut gelak ketawa hadirin.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In