Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan Thai risau M'sia kurang senang dengan Pornthip
Diterbitkan:  Feb 15, 2013 5:33 PM
Dikemaskini: 9:36 AM

Kementerian Keadilan Thailand bimbang penglibatan ahli patologi forensik Dr Pornthip Rojanasunand dalam bedah siasat kedua kematian yang didakwa berpunca daripada keganasan polis akan menyebabkan kerajaan Malaysia kurang senang.

NONE Perkara itu diperincikan dalam satu laporan dalaman yang diperolehi

Malaysiakini dan ia menyuarakan kebimbangan kementerian itu terhadap hal-hal berkaitan kematian pengawal keselamatan C Sugumar bulan lalu.

"Dalam kes kematian Sugumar yang berlaku di Selangor - sebuah negeri yang ditadbir pembangkang - kerajaan Malaysia mungkin sekali lagi risau dengan tindakan Dr Khunying Pornthip, wawancara beliau atau sebarang kenyataannya yang mungkin dieksploitasi pembangkang, yang akan memberi impak negatif terhadap kerajaan pada masa pilihan raya umum semakin hampir," laporan itu dipetik.

Laporan itu yang merupakan dokumen rasmi Kementerian Keadilan Thailand, ditulis dalam bahasa Thai.

Kementerian berkenaan membuat kesimpulan tersebut dalam laporan mereka berdasarkan penglibatan ahli patologi itu sebelum ini dalam satu lagi bedah siasat kedua yang kontroversi - yang melibatkan pembantu ahli politik DAP Teoh Beng Hock yang mati sewaktu beliau disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 16 Julai 2009.

[Baca berita penuh]

ADS