Dua lagi personaliti BN Sabah masuk PKR

Dua lagi personaliti BN Sabah - bekas menteri muda, Yapin Gimpoton dan bekas timbalan menteri pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau - telah menyertai PKR.

NONEKedua-duanya - bekas ahli Berjaya - secara rasmi menyertai PKR
sewaktu lawatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha PKR Sabah, Roland Chia berkata perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat Sabah.

"Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan," katanya.

Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon PKR yang bertanding di Kadamaian - kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun 2008.

Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi parlimen Keningau.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.