Jurucakap kesultanan Sulu nafi Azzimudie terbunuh

Kesultanan Sulu menafikan laporan akhbar Malaysia bahawa Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu, telah terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia pagi ini.

azlanMenurut InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, jurucakap kesultanan Abraham Idjirani telah bercakap dengan Azzimudie melalui telefon di hadapan pemberita semasa taklimat media di Manila petang ini.

"Datu Raja Muda (Azzimudie) dan para pengikutnya semua masih hidup," Idjirani dipetik sebagai berkata.

Beliaumengumpamakan Azzimudie "seperti musang", kerana dia sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan pasukan keselamatan Malaysia.

Utusan Malaysia,
dalam SMS berita petang ini, memetik sumber tentera sebagai berkata Azzimudie dipercayai telah terbunuh dalam serangan udara hari ini.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.