'Sultan Sulu' mohon gencatan senjata
Diterbitkan: Mar 7, 2013 1:14 PM | Dikemas kini: Mar 8, 2013 12:31 PM
Sultan Sulu Jamalul Kiram III hari ini memohon untuk melakukan gencatan senjata secara unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tangan pasukan keselamatan Malaysia di pantai timur Sabah.
Laporan media Filipina,
InterAksyon
menyebut, Jamalul berhasrat agar Malaysia mengumumkan gencatan senjata untuk mengelakkan lebih banyak kematian.
Jamalul bagaimanapun mahu pengikutnya agar terus setia kepadanya.
Sementara itu, jurucakap kesultanan tersebut Abraham Idjirani mendakwa 10 orang pengikutnya maut dan empat lagi cedera akibat serangan dalam operasi bersama pasukan polis dan tentera Malaysia pada hari Selasa dan Rabu.
Seramai 10 orang lagi ditawan pasukan Malaysia, dakwanya dalam laporan itu.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.